Saturday, March 27, 2010

PERTANDINGAN CATUR TERTUTUP SMKDHH

Pertandingan catur tertutup telah berjaya diadakan di Dewan Besar SMKDHH pada hari ini 28hb mac.Pengarah kejohanan En Amiluddin Yusuf melahirkan rasa gembira kerana walaupun ianya julung kalinya diadakan namun penyertaan dari sekolah berdekatan cukup menggalakkan.Sekolah-sekolah yang mengambil ialah SMK Kubu Gajah,SK Ulu Mangkuang,SK Jalan Menteri,SK Tebing Tinggi.Beliau berharap lebih banyak lagi penyertaan dari luar bagi masa-masa akan datang.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat dikalangan pelajar serta sakali gus untuk mencari wakil ke pertandingan catur MSSD LMS yang akan diadakan pada awal bulan April akan datang.

Hadiah-hadiah turut disediakan oleh pihak penganjur.Pertandingan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh hari.Hadiah turut disampaikan oleh Dr Idris daripada klinik Dr Azhar selama.

Tuesday, March 23, 2010

tazkirah di surau Kubu Gajah

Malam ini bidayatul hidayah membicarakan soal puasa.Bagaimana puasa dapat membentuk nilai peribadi yang baik serta resapan rasa takarup ilallah.Malah bagi mereka yang cuba untuk mendapatkan rasa dekat dengan tuhan mereka juga melakukan amalan berlapar atau puasa.Seharusnya amalan puasa sunat ini dapat dilakukan bagi mereka yang berjalan menuju kepada redha Allah.Bagi muslim tidak seharusnya perginya ramadhan bermakna tinggallah puasa.Sebaliknya kesan amalan puasa itu menjadi titik tolak untuk merubah diri.

Ciri-ciri ibadah puasa yang diterima oleh Allah ialah berpuasa dengan penuh keikhlasan serta meninggalkan segala macam bentuk maksiat dan perkara-perkara yang boleh mengurangkan nilai amalan puasa tersebut.Ini bermakna seluruh anggota terpaksa berusaha untuk tidak melakukan segala bentuk maksiat yang boleh mengurangkan nilai pahala puasa kita...

Monday, March 22, 2010

alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana malam ini aku dapat belajar daripada anak aku untuk sama-sama berada di alam blogger ini.Salama ini aku cuma dok tengok saja dan terasa terlalu tertinggal kebelakang ketika mana orang lain dah sampai entah kemana. Terima kasih anak ku shafiq...

kata2 aluan...

Assalamualaikum selamat bertemu di alam maya. Semoga dipertemuan ini akan beroleh satu rahmat dan keberkatan untuk kita bersama.