Saturday, March 27, 2010

PERTANDINGAN CATUR TERTUTUP SMKDHH

Pertandingan catur tertutup telah berjaya diadakan di Dewan Besar SMKDHH pada hari ini 28hb mac.Pengarah kejohanan En Amiluddin Yusuf melahirkan rasa gembira kerana walaupun ianya julung kalinya diadakan namun penyertaan dari sekolah berdekatan cukup menggalakkan.Sekolah-sekolah yang mengambil ialah SMK Kubu Gajah,SK Ulu Mangkuang,SK Jalan Menteri,SK Tebing Tinggi.Beliau berharap lebih banyak lagi penyertaan dari luar bagi masa-masa akan datang.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat dikalangan pelajar serta sakali gus untuk mencari wakil ke pertandingan catur MSSD LMS yang akan diadakan pada awal bulan April akan datang.

Hadiah-hadiah turut disediakan oleh pihak penganjur.Pertandingan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh hari.Hadiah turut disampaikan oleh Dr Idris daripada klinik Dr Azhar selama.

No comments:

Post a Comment